CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 28, 2010

Rawatan Berbekam

Perubatan berbekam merupakan wahyu kerana kaedah rawatan ini telah menjadi amalan Rasullullah s.a.w bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasullullah s.a.w dari para malaikat semasa perjalanan Isra' Mikraj. sebagai seorang Islam, kita harus menerima kaedah rawatan ini kerana ianya mempunyai hikmah yang besar.

Rasullullah s.a.w bersabda: " sebaik-baik pengubatan yang kamu pergunakan jadi ubat adalah berbekam"
-hadith riwayat Bukhari dan Muslim
"selama aku berjalan pada malam Isra' bersama malaikat, mereka selalu berkata : hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam."
-hadith riwayat Ibnu Majah
Hukum Berbekam:
berbekam adalah di haruskan kepada kita. menurut Imam Ghazali, pekerjaan berbekam termasuk fardhu kifayah, jika satu wilayah tidak ada seorang pun mempelajari dan mengamalkannya maka semua penduduknya akan berdosa.
Mengapa perlu Berbekam:
-> selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Sel mati ini mengandungi lebihan asid urik, urea, serta mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak.
-> sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. sel darah ini akan digantikan oleh sel darah merah baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang di perlukan oleh sel tubuh badan.
-> sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah antara faktor utama mengakibatkan kapilan tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menggangu pelbagai sistem di dalam badan dan menyebabkan kegagalan sistem aliran darah, sistem limfa, ginjal dan hati untuk berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan kehadiran pelbagai penyakit.
-> petanda awal yang dapat di rasai oleh tubuh kita ialah terasa letih, lesu, tak sedap badan, kebas kaki dan tangan, tak bermaya, pening2, cepat bosan, murung, mudah marah, cepat ngantok serta pitam.
-> apabila ianya berlarutan maka akan muncul pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, strok, gout, diabetis, barah dan yang sama taraf dengannya.
Rasullullah s.a.w bersabda: " berbekamlah, jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah kerana ia akan membunuhmu"
-hadith riwayat Bukhari dan Abu Daud
Faedah Berbekam:
* membuang darah kotor, darah beku, darah penyakit
* mengeluarkan gula yang tidak di perlukan di dalam darah
*mengeluarkan asid urik yang tidak di perlukan darah
* mengeluarkan kolestrol berlebihan
* meringankan otot yang tegang
* mengatasi stress
* menyahkan toksin di dalam badan
* melancarkan peredaran darah
* membantu merawat penyakit ateri, hati, gout dan diabetis
* membantu meringankan tugas buah pinggang
* merawat penyakit2 biasa mahupun kronik
* menyegarkan serta menyihatkan badan
% so pakat2 la kita g bekam.. tubuh badan sihat.. otak cerdas..

No comments:

Post a Comment