CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 28, 2009

10 PERANGKAP SYAITAN LAKNATULLAH!!!

SYAITAN menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu :

1) melalui sifat BOHONG dan ANGKUH..

= sifat yang mudah tersemai n menyubur dalam diri manusia berpunca daripada keegoaan manusia sendiri yang mudah leka dengan kemewahan duniawi..

2) melalui sifat BAKHIL dan KEDEKUT..

= harta benda n kemewahan kurniaan ALLAH yang seharusnya di belanjakan ke jalan yang haq tetapi di belanjakan ke jalan yang sebaliknya dan hanya untuk kepentingan sendiri..

3) melalui sifat TAKBUR dan BONGKAK..

= sifat yang selalu bertapak di hati manusia yang merasakan dirinya sudah memiliki segala-galanya di muka bumi ini..

4) melalui sifat KHIANAT..

= khianat yang di maksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya..

5) sifat TIDAK SUKA MENERIMA ILMU dan NASIHAT..

= Junjungan Rasullullah s.a.w. menasihati sahabat agar menjauhkan diri daripada menjadi golongan manusia yang di benci ALLAH iaitu golongan yang tidak suka diri mereka di nasihati atau mendengar nasihat orang lain..

6) melalui sifat HASAD..

= perasaan hasad dengki selalunya akan di ikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasullullah bersabda : 'hindarilah diri kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sepertimana api memakan kayu kering'..

7) melalui sifat SUKA MEREMEHKAN ORANG LAIN..

= sifat ego manusia selalunya lahir apabila seseorang itu merasakan dirinya sudah sempurna jika di bandingkan dengan orang lain. orang lain di lihat terlalu kecil dan kerdil jika di bandingkan dengan apa yang di miliki..

8) melalui sifat UJUB atau BANGGA DIRI..

= menurut Imam Ahmad, Rasullullah s.a.w bersabda : 'jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba ALLAH itu bukan orang yang senang-senang saja'..

9) melalui sifat SUKA BERANGAN-ANGAN..

= Islam adalah anti kemalasan. orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan di pandang hina oleh ALLAH dan manusia..

10) melalui sifat BURUK SANGKA..

= Rasullullah bersabda : ' nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka telah rosak. sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya'..