CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

March 1, 2010

Apakah Gerakan Islam ?

Harakah Islamiyah merupakan satu Tanzim 'alami yang mencakupi para petugas dalam arena dakwah di seluruh dunia.
Untuk mencapai matlamat tersebut, Harakah Islamiyah telah menggunakan uslub dakwah Islamiyah yang suci bersih lagi murni sesuai dengan tuntutan waqi' masa kini dan akan datang.
Antaranya ialah dengan mengajak masyarakat supaya turut serta di dalam Gerakan Islamiyah dan menyusun kedudukan mereka di dalam Gerakan tersebut. di dalam menyusun kedudukan mereka, perlulah juga diberi tarbiyah agar mereka meyakini PERJUANGAN ini supaya dengan keyakinan yang ada, mereka akan bekerja untuk ISLAM dan BERJIHAD di dalamnya kerana ALLAH.
antara tuntutan Harakah Islamiyah :
1) MENGHAPUSKAN PENJAJAHAN BARAT (pemikiran/falsafah) sehingga umat Islam kembali semula kepada fitrah keperibadiannya yang asal dan bebas.

Harakah Islamiyah meYAKINi bahawa hukum-hukum Islam dan ajarannya bersifat sempurna dan menyeluruh (syumul) serta mampu menyusun segala urusan manusia di setiap aspek bidang dengan baik.
Harakah Islamiyah meYAKINi bahawa Islam adalah kekuatan asasi untuk membangunkan umat Islam, kekuatan asasi untuk menyelamatkan seluruh dunia, kekuatan asasi untuk membebaskan manusia dari belenggu penindasan taghut dan para pelaku kezaliman sehingga tidak ada lagi fitnah terhadap agama Islam seterusnya kepada pemilik segalanya.(Allah)
Harakah Islamiyah berpendapat bahawa "menerima @ mengamalkan" sistem kapitalis, sosialisme, komunisme dan apa-apa jua sistem ciptaan manusia merupakan kekufuran terhadap Islam yang agung dan kepada pemilik alam semesta (Allah).
Allah berfirman:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya:

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dirinya pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Surah Al-'Imran 3: Ayat 85)