CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

January 19, 2010

Program Khidmat Masyarakat di Hospital Tuanku Jaafar

Pada tanggal 09.JANUARI.2010, 1 program kemasyarakatan group usrah aku dijalankan.
program ni bergabung dengan 2 kumpulan usrah yang lain.
program kemasyarakatan ini wajib dijalankan oleh semua pelajar yang amek usrah...
yela sebab program ni da kira macam exam...
progam ni kitorang wat kat hospital seremban..
dekat cikit la...
huhu..ermmm,,,program nie start kul 9 pagi.. so kitorang kena kumpul kat 1st cafe dalam kul 7 pagi..sebelum bertolak, kitorang kena bagi taklimat oleh naqibah...
usai taklimat, kitorang bertolak ke seremban menaiki bas besor.. perjalanan ke tempat program x la lama sangat..dalam 45 min cam tu ar..
******************************
da sampai,..kitorang kena sambut oleh seprang kakitangan hospital...bernama en. ismail nasaruddin..
sempoi....
samai je kena takilimat...
heheh...nervous giler bila kena setipa sorang ahli kena jaga 1 pesakit...
yola.. mana x nye...
x biasa...
anyway,,, memang seronok ar bila da sembang lama-lama dengan pesakit...
macam-macam ada....
last but not least...
1 pengalaman baru....peace no war...ohohohoh

January 10, 2010

DeMoStRaSi??


08.JANUARI.2010


assalammualaikum to all my readers,..huhu

salam sejahtera..salam ukhwah..salam perjuangan..


just nak kongsi pengalaman ngan kawan-kawan yang sedang membaca,,..

ari jumaat lepas ada 2 demostrasi yang berlaku untuk diriku..

hohohohoh

1-demostrasi palestin kali ke-2 di kedutaan mesir

2-demostrasi penggunaan kalimah ALLAH di kuis...


aku teringin nak g yang kat kuis tapi bila aku fikir blek mana yang lebih aulawiyat so aku wat keputusan nak g demostrasi kat kedutaan mesir...

huhuu.. kali kedua aku sama-sama turun bersama sahabat seperjuangan yang lain dalam demostrasi ini... tapi jangan ingat ini demostrasi haram..ini mendapat izin pihak berkuasa...

demo ni di conduct oleh ustaz nasruddin dan ustaz kamaruzzaman..


demo ni disertai hampir 3000 lebih...terdiri daripada penyokong PAS n keadilan serta para mahasiswa..

demo ni menyatakan ketidakpuasan hati umat Islam kepada kedutaan mesir yang menghalang konvoi viva palestin dan menahan seorang pelajar malaysia yang turut serta dalam misi bantuan ke misi bantuan ke palestin.

selebihnya maklumat sahabat-sahabat boleh la rujuk harakah daily..


***************************************************************************

January 7, 2010

HaLaQoH BeRsaMa uMi..

07.JANUARI.2010

Ari nie aku x ke kuliah..sebab x berapa sihat…
Alhamdulillah pas maghrib tadi da ok sikit-sikit..

Pas maghrib tadi salha mesej aku..
Dye cakap malam nie ada halaqoh ngan umi.
Dye ajak aku..
Pastu aku tanya ar dye..
Sape je yang g???
Dye cakap dak kelas kitorang je...
Aku pun ok jer...
Salha kata kat umah umi di p6 pas isya...

Sebab x berani g sorang-sorang (takut sesat)..hehehe aku pun mesej ar aini ngan ina.. sebab aku taw dorang kat masjid..
Iftar.. jadi aku mesej ar..
Tanya dorang kalo dorang nak g, g taw aku.. leh g sama..
Dalam kul 9.30 aku, aini, ina n rabi sampai umah umi..

Time sampai tu dah ada salha, kak raudah, sha ngan ziha..
Umi pon ada...
Dorang tadi buka pose n solat kat surau p8 ngan umi..

Sampai-sampai je dorang tengah hidang makanan yang umi bawa...
Umi pelawa mamam dulu sebelum nak halaqoh..
Huk..huk..huk...
Pakat-pakat malu nak mamam..
Bukan malu apa...
Masing-masing da mamam...
Da kenyang da..
Tapi orang da pelawa...
Kitorang semua on jer...
Hehehhehh

Da abes mamam, kitorang kemas-kemas…
Bermulalah halaqoh …
Bukanlah yang macam selalu yang sahabat-sahabat bayangkan halaqoh sebenar..
Halaqoh ngan umi lebih relax n santai…
Sebelum tu kitorang ice breaking lu..
Walaupun masing-masing da kenal…
Yela dak kelas..
Citer nama, adik beradik, latar belakang family, asal, cita-cita n harapan…
Aku orang last sekali..huhuh
Yela mula dari yamin (kanan)..
Aku dok sebelah kiri umi..
Kak raudah dok sebelah kanan umi...
Time aku, aku g taw la pe yang perlu.. Cuma aku jelaskan kat umi n kawan-kawan yang ada..
’erm saya nie jenis suka berahsia..x suka sangat nak citer pasal diri saya..tapi kalo orang yang pandai korek memang saya citer ar..’

Api touching gak ar time ice breaking nie..
Yela da macam family plak..
Umi macam ibu kitorang tanya masalah..huhuh
Touching…time ziha ar…

Da abes tu, umi citer ar sedikit latar belakang umi, time belajar sampai umi sekarang..
Umi jelaskan setiap apa yang kami hadapai..
Contohnya umi cakap setiap kita perlukan ilmu..
Kita nak dakwah orang tetapi kita x berani,..kita dulu belajar main-main tapi sekarang baru terasa nak belajar betul-betul..
sebab tu kita perlukan ilmu memenuhi diri kita. Banyak yang diperkongsikan umi ngan kitorang.. tentang masalah-masalah semasa yang berlaku kat kuis terutamanya kat asrama budak pompuan..
macam-macam...
dengan biah solehe..aurat..couple..hubungan sejenis,..
macam-macam g la...
yang pastinya banyak input baru untuk diriku serta kawan-kawan yang len dapat di praktikan dalam diri kitorang..

akhir kalam..hehehe
kitorang bersurai dlam kul 11.45..
insyAllah akan ada lagi halaqoh seperti ini pada masa akan datang...

MAAFKAN AKU!!!




Sungguh x ku sangka.. jenaka lawak bodohku membuatkan seharian hidupku x keruan. Ibarat orang pandai yang kehilangan arah tujuan hidup,..
Arggggggggghhhhhhhhhh
Aku menyesal dengan sikap ku ini.
Namun alhamdulillah aku bersyukur kepada Mu ya Allah, kerana natijahnya daripada perbuatanku memberi ibrah kepadaku. Aku harus berwaspada dengan segala tindak tandukku selepas ini. Walaupun bagiku ianya hanyalah gurauan semata-mata, namun tidak bagi orang di sekelilingku.
Tetapi hatiku masih tidak tenang..walhal telah aku pohon maaf kepada empunya diri yang menjadi bahan jualan lawak jenakaku..
Berkali ku pohon maaf padanya walaupun baginya aku hanya sekadar berlawak, tetapi sebaliknya aku menyatakan hal sebenar kepadanya..
‘betul yana x tipu.. yana bagi tau kat semua orang geng-geng kita,. Kalo yana bohong kenapa yana nak minta maaf??’
Jawabnya.
‘ala ye la tu.. yana tipu.. kita da tanya da ngan dorang tapi dorang cakap x de pon..’
Ermhhhhhhhhhhhhhhmmmmmmmmmmmmmmmmm
Entah la macam mana harus ku explainkan kepada mu sahabat...
Aku betul-betul mohon maaf atas kesilapan, kecuaianku dalam perbuatanku...
Maafkan aku sahabat..

Ya Allah... aku telah titiskan air mata kesedihan nya di sebab tindakan bodoh ku ini...

Ya Allah... ku mohon.. bantulah aku Ya Allah..

bagaimana harus ku tebus kesalahan ku kepada sahabat ku ini...

rasa bersalah sesangat....

ya Allah....


Ku janji aku x akan ulanginya lagi perbuatan ku ini kepada yang lain..

Please forgive my thoughtless remark..
Maafkan yana...
I beg your pardon..
Please pardon me...

ALAM KEHIDUPAN 2010


7 perkara membuatkan kita BERMOTIVASI di waktu pagi


1) BERSYUKUR, BERSYUKUR, BERSYUKUR

= bersyukur bab kita still di beri peluang tok teruskan hidup n ada masa lagi tok buat lebih baik dari semalam..

2) TEKAD BERMOTIVASI

= pasang niat dalam hati tuk jadi bersemangat sepenuhnya. caranya baca artikel yang bermotivasi seminit dua..

3) DEKATKAN DIRI DENGAN SESI MOTIVASI

= dengar sesi motivasi di media such as motivasi pagi di TV3 @ sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. luangkan masa selama 5-10 minit..

4) MULAKAN DENGAN LAFAZ BASMALLAH

= start dari nak masuk kelas, duduk di kerusi dan sebelum bukak buku mulakan semuanya dengan lafaz basmallah agar apa yang kita buat dapat keberkatan. tapi jangan lupa pasang niat untuk menuntut ilmu bukannya sebaliknya..

5) SET TARGET KEMAJUAN DIRI

= set target apa yang mahu di capai . set target berapa banyak bab yang nak di study, berapa banyak buku yang nak di baca minggu nie, berapa banyak soalan nak tanya ngan lect..

6) LIHAT WARNA CERAH

= warna boleh pengaruhi mood kita. warna cerah wat kita jadi energetik, ceria n penuh idea. like yellow, pink n green..

7) PENUHKAN HATI DENGAN KEMAAFAN

= maafkan orang di waktu pagi. maafkan semua kesalahan yang orang buat kat kita. just forget it..


KITA MESTI BERUBAH UNTUK KEMAJUAN DIRI..
# BERANI BERUBAH UNTUK KECEMERLANGAN DIRI #